Dasar privasi
Notis ini dibuat menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA, termasuk pindaan 2024). Dikemas kini: 1 Oktober 2026. (versi 2026-10-01.1)
1. Pengawal data & hubungan
Data peribadi anda dikawal dan diproses oleh Kayz Asia Sdn. Bhd. (201801004379), pengendali Semut Live (semut.live). Jenama Semut Live dimiliki oleh Khairulzul Enterprise (202403028717); platform, bil dan resit dikendalikan oleh Kayz Asia Sdn. Bhd. (201801004379). Alamat berdaftar: DT2, Jalan Pusat Perniagaan Gangsa 1, Pusat Perniagaan Gangsa, 76100 Durian Tunggal, Melaka. Pertanyaan, permintaan akses, pembetulan, penarikan persetujuan atau pemadaman: admin@semut.live. Kami menjawab dalam tempoh 21 hari.
2. Data yang kami kumpul
- Akaun: nama, emel, nombor telefon, kata laluan (disimpan dalam bentuk hash), bahasa pilihan, dan ID Google jika anda log masuk dengan Google.
- Produk: nama, harga, penerangan dan gambar yang anda muat naik atau import dari pautan.
- Siaran: URL RTMP dan stream key (disulitkan), platform, jadual sesi.
- Tempahan, bayaran dan resit (melalui ToyyibPay; kami tidak menyimpan butiran kad atau akaun bank anda, kecuali butiran akaun yang anda beri untuk pulangan manual — disulitkan).
- Bacaan komen (pilihan): ID dan nama Page Facebook / saluran YouTube, token akses (disulitkan), serta komen penonton yang diproses (nama penonton, teks, jawapan).
- Kuiz: nama paparan awam dan gambar profil pemenang dari platform mungkin dipaparkan dalam video live (penjual boleh mematikan gambar). Gambar profil diambil untuk sesi itu sahaja dan tidak disimpan selepas sesi — kecuali dalam rakaman video sesi, yang dipadam selepas 14 hari.
- Live Auto (pilihan): jika anda mengaktifkannya, kebenaran tambahan (Facebook: publish_video, pages_manage_posts; YouTube: youtube.force-ssl) digunakan semata-mata untuk mencipta, menyiarkan dan menamatkan live di Page / saluran anda bagi sesi yang anda tempah. Kami menyimpan ID live, pautan tontonan dan URL siaran (disulitkan) untuk sesi itu. Penggunaan data API YouTube / Google mematuhi Dasar Data Pengguna Perkhidmatan API Google, termasuk keperluan Penggunaan Terhad (Limited Use).
- Kedai Shopee (pilihan): ID kedai dan ID pengguna Shopee, nama dan wilayah kedai, serta token akses (disulitkan). Untuk Live Auto (Shopee): ID sesi live, alamat siaran (disulitkan), komen penonton live (nama pengguna dan teks), statistik live kedai anda sendiri daripada Shopee, dan jumlah pesanan agregat dalam tempoh live (bilangan, nilai dan produk — tanpa nombor pesanan). Kami TIDAK meminta atau menyimpan nama, alamat, telefon atau maklumat peribadi pembeli.
- Rakaman sesi live: video, audio, overlay dan garis masa sesi (tukar produk/segmen, soalan & pemenang kuiz, komen penonton yang diterima dan jawapan hos). Komen penonton (data awam platform) diproses untuk mengendalikan hos dan disimpan bersama rakaman selama 14 hari.
- Log teknikal: alamat IP, pelayar, masa log masuk dan log audit tindakan penting (keselamatan dan pencegahan penipuan).
3. Data sensitif: wajah & suara
Jika anda memuat naik gambar wajah untuk avatar custom atau rakaman suara untuk suara custom, data ini dianggap sensitif (seperti biometrik). Kami memprosesnya hanya dengan persetujuan jelas anda yang direkod semasa muat naik, hanya untuk menjana hos AI anda, dan menyimpan cap digital (hash) imej untuk mengesan penyalahgunaan wajah orang lain. Anda mesti orang itu sendiri atau mempunyai kebenaran bertulisnya; gambar kanak-kanak di bawah 18 tahun dilarang.
Suara hos (termasuk suara custom anda) dijana di pelayan GPU kami sendiri dengan model suara F5 yang dijalankan secara tempatan — rakaman suara anda tidak dihantar kepada pihak ketiga. Gambar wajah avatar custom juga diproses di pelayan kami untuk video live; tetapi jika anda memilih avatar itu untuk adegan produk atau latar (suasana), gambar itu dihantar kepada pembekal imej AI kami (OpenRouter) — lihat seksyen 5.
Penerangan rupa avatar: gambar avatar yang anda muat naik dihantar sekali kepada OpenRouter (yang menggunakan Google Gemini) untuk menulis penerangan ringkas rupa hos (contoh: tudung, warna baju, latar). Penerangan ini digunakan secara dalaman sahaja untuk memperbaiki kualiti video, dan tidak mengandungi nama anda. Kami hanya menyimpan penerangan teks itu — bukan salinan tambahan gambar anda.
Anda boleh menarik balik persetujuan bila-bila masa dengan memadam avatar/suara di dashboard (Hos & suara) atau emel kami. Fail asal dipadam serta-merta dari laman web dan salinan kerja di pelayan GPU dalam tempoh 30 hari; hanya log audit (tarikh dan pengakuan persetujuan) disimpan sebagai bukti.
4. Kegunaan
Menjalankan sesi live anda, menjana adegan dan skrip jualan, menjawab komen penonton, memproses bayaran dan resit, menghubungi anda tentang tempahan, keselamatan akaun, dan mematuhi undang-undang. Kami tidak menjual data anda dan tidak menggunakannya untuk iklan pihak ketiga.
5. Pemproses & pemindahan ke luar Malaysia
Kami berkongsi data minimum yang perlu dengan pemproses berikut. Sebahagiannya berada di luar Malaysia; kami memindahkan data hanya untuk tujuan di atas dan menurut seksyen 129 PDPA.
- ToyyibPay (Malaysia) — pemprosesan bayaran FPX/kad: nama, emel, telefon, jumlah.
- Billplz (Malaysia) — gerbang bayaran alternatif, digunakan hanya jika kami menukar gerbang bayaran: data yang sama seperti ToyyibPay.
- DeepSeek (China) — pembekal teks AI kami: teks produk, skrip jualan, soalan kuiz, cerita, semakan kandungan, chatbot laman web, transkrip teks video "Belajar dari live lama" (transkrip dibuat di pelayan kami sendiri), dan untuk menjana jawapan hos kepada komen penonton — teks komen penonton sahaja (tanpa nama atau ID, maks. 300 aksara). Nama penonton dimasukkan ke dalam jawapan di pelayan kami sendiri. Tiada gambar wajah atau suara dihantar.
- OpenRouter (Amerika Syarikat), yang menghantar kepada model Qwen (Alibaba) dan Google Gemini — penjanaan adegan produk, latar (suasana) dan avatar jana AI, semakan gambar latar, serta penerangan rupa avatar (sekali bagi setiap avatar yang dimuat naik): gambar produk, gambar hos yang dipilih (termasuk avatar custom anda jika dipilih), gambar latar yang anda muat naik dan keterangan teks. Bukan data penonton.
- OpenAI (Amerika Syarikat) — enjin sandaran untuk adegan produk sahaja (gambar yang sama seperti di atas), apabila pembekal utama tidak tersedia.
- Google (Amerika Syarikat) — log masuk Google dan API YouTube (jika anda menyambung saluran).
- Meta (Amerika Syarikat) — API Facebook (jika anda menyambung Page).
- Shopee (Singapura) — Shopee Open Platform (jika anda menyambung kedai Shopee): mencipta, memulakan dan menamatkan live di kedai anda, memasukkan produk anda ke beg live, menghantar komen pendedahan AI, serta membaca komen dan statistik live anda.
- ElevenLabs (Amerika Syarikat) — kami menggunakannya untuk mereka suara hos stok (suara sintetik, bukan suara orang sebenar). Tiada data anda atau penonton dihantar kepadanya; suara semasa live dijana di pelayan kami sendiri.
- Telegram (Emiriah Arab Bersatu) — jika anda menyambung @SemutLive_Bot: ID sembang Telegram anda dan notifikasi tentang tempahan, sesi dan produk anda. Pasukan kami juga menerima amaran operasi melalui Telegram yang mungkin mengandungi emel akaun dan nombor tempahan anda.
- Emel dihantar dari pelayan mel kami sendiri (semut.live, Malaysia) — pengesahan emel, resit dan notifikasi tempahan.
- Pelayan kami sendiri di Malaysia — laman web, pangkalan data, emel dan pelayan GPU yang menjana video live dan suara hos (model suara F5 tempatan; transkripsi video juga dibuat di sini). Kecuali yang disenaraikan di atas, wajah, suara dan produk tidak dihantar kepada pihak ketiga.
- Platform siaran yang anda pilih menerima video live anda melalui stream key anda.
Permintaan pihak berkuasa: kami menyemak kesahan setiap permintaan data daripada pihak berkuasa, mencabar permintaan yang tidak sah, dan hanya mendedahkan data minimum yang diwajibkan oleh undang-undang.
6. Tempoh simpanan
- Akaun dan tempahan: selagi akaun aktif; dipadam atau dianonimkan dalam 30 hari selepas permintaan pemadaman.
- Bayaran, resit dan invois: 7 tahun (keperluan cukai), walaupun akaun dipadam.
- Video "Belajar dari live lama": 7 hari. Rakaman sesi dan komen & jawapan: 14 hari. Fail kerja sesi di pelayan GPU: dipadam dalam tempoh 30 hari.
- Sesi live dirakam untuk kawalan kualiti dan penyelesaian masalah. Rakaman (video, audio, overlay & komen penonton yang diterima) disimpan selama 14 hari, kemudian dipadam secara automatik. Pelanggan boleh menonton & memuat turun rakaman sesi mereka dalam tempoh itu.
- Shopee: komen penonton live disimpan 14 hari; statistik live dan anggaran pesanan disimpan bersama tempahan anda; token Shopee dipadam serta-merta apabila anda menekan "Putuskan".
- Avatar dan suara custom: sehingga anda memadamnya atau akaun ditutup.
- Log keselamatan dan audit: sehingga 2 tahun.
7. Keselamatan & pelanggaran data
Stream key, token dan butiran bank disulitkan; akses staf dihadkan mengikut peranan dan direkod. Jika berlaku pelanggaran data yang boleh menjejaskan anda, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan anda secepat mungkin seperti yang dikehendaki undang-undang.
8. Kuki
Kami hanya menggunakan kuki yang perlu (sesi log masuk, keselamatan CSRF, pilihan bahasa). Tiada kuki pengiklanan atau penjejakan pihak ketiga.
YouTube API Services
Semut Live menggunakan YouTube API Services apabila anda menyambung saluran YouTube anda (Dashboard → Sambungan platform). Dengan menggunakan ciri YouTube kami, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan YouTube dan tertakluk kepada Dasar Privasi Google:
- Terma Perkhidmatan YouTube: https://www.youtube.com/t/terms
- Dasar Privasi Google: https://policies.google.com/privacy
Data YouTube yang kami akses
- ID dan nama saluran YouTube anda (untuk menunjukkan saluran yang disambung dan menyiarkan ke saluran yang betul).
- Jika Live Auto diaktifkan: ID siaran (broadcast) dan strim yang kami cipta untuk sesi anda, pautan tontonan dan ID live chat.
- Mesej live chat penonton SEMASA sesi anda sahaja — supaya hos AI boleh membaca dan menjawab soalan penonton.
- Token akses OAuth (disulitkan). Kami tidak mengakses video, langganan, sejarah tontonan atau data peribadi lain di akaun Google anda.
Cara kami menggunakan, menyimpan dan berkongsi
- Digunakan hanya untuk menjalankan sesi live anda: mencipta / menamatkan siaran, dan membaca live chat semasa sesi supaya hos boleh menjawab.
- Mesej live chat disimpan bersama log sesi selama 14 hari (supaya anda boleh menyemak jawapan hos), kemudian dipadam secara automatik.
- Data YouTube tidak dijual, tidak digunakan untuk iklan, dan tidak dikongsi dengan pihak ketiga selain pemproses yang diperlukan untuk menjalankan sesi (pelayan kami sendiri).
Cara membatalkan akses
- Dashboard → Sambungan platform → YouTube → Putuskan.
- Atau melalui halaman kebenaran akaun Google anda: https://myaccount.google.com/permissions
Pemadaman — Apabila anda memutuskan sambungan, token dipadam serta-merta bersama data YouTube yang disimpan (ID saluran, ID siaran/strim dan mesej live chat). Jika akses dibatalkan di akaun Google anda (token menjadi tidak sah), semua data YouTube yang disimpan dipadam dalam tempoh 7 hari, selaras dengan Dasar Pembangun YouTube API Services. Anda juga boleh meminta pemadaman pada bila-bila masa melalui admin@semut.live.
Kuki — Kami tidak meletakkan, mengakses atau membaca kuki pada halaman YouTube atau peranti anda melalui YouTube API Services. Laman kami hanya menggunakan kuki yang perlu (lihat seksyen 8).
Cara memadam data anda
- Putuskan Facebook/YouTube/Shopee: Dashboard → Lagi → Sambungan platform → Putuskan. Token akses dipadam serta-merta. Anda juga boleh membuang aplikasi semut.live dalam tetapan Facebook (Aplikasi & laman web) — kami menerima permintaan padam data daripada Meta secara automatik.
- Padam akaun: Profil → Padam akaun (taip PADAM), atau emel admin@semut.live dari alamat emel akaun anda.
- Apa yang dipadam dan bila: token platform & Telegram — serta-merta; rakaman sesi dan log komen — selepas 14 hari (automatik); data akaun (profil, produk, layout, avatar/suara peribadi, tempahan) — dalam tempoh 30 hari selepas permintaan. Rekod bayaran, invois & resit disimpan 7 tahun menurut undang-undang cukai.
- Setiap permintaan diberi kod rujukan dan halaman status.
9. Hak anda
Anda berhak mengakses, membetulkan dan meminta salinan data anda, menarik balik persetujuan, menghadkan pemprosesan, dan meminta pemadaman akaun. Nama, emel dan telefon boleh dikemas kini sendiri di halaman Profil. Untuk permintaan lain, emel admin@semut.live.
Anda mesti berumur 18 tahun ke atas untuk membuka akaun.