Langkau ke kandungan
Hos live AI Bahasa Melayu · English · 中文

Hos live AI yang jual produk anda 24/7

Macam semut — rajin, tak kenal penat. Sewa hos AI berwajah realistik yang bercakap Bahasa Melayu, English atau 中文 (Mandarin), live terus di akaun Shopee, Facebook atau YouTube anda. Bukan sekadar jual — hos AI boleh bersembang, bercerita dan buat kuiz dengan penonton.

Pendaftaran dibuka tidak lama lagi Dengar 50 suara
Buka 24 jam, 7 hari seminggu Mula RM25 sejam Tanpa kamera, tanpa staf
Mira sedang liveSuara: Ceria, host live muda
Contoh hos AI sedang live jualan dengan layout produk Contoh
Pesanan baharu 🛒Serum Glow ×2 — contoh paparan
24/7Buka setiap hari, termasuk hujung minggu
141Hos AI berwajah realistik
50Suara pelbagai gaya & loghat
3Bahasa: Melayu, English, 中文
4Jenis sesi: jual, sembang, cerita, kuiz
1–4 jamSetiap tempahan, atau pakej bulanan
Bukan sekadar jual

Hos AI boleh bersembang, bercerita dan buat kuiz dengan penonton

Pilih jenis sesi — jual, sembang, kuiz atau bercerita — atau gilirkan beberapa jenis. Hos balas komen dan sebut nama penonton. Sesuai untuk live jualan di Shopee dan Facebook 24 jam — sewa host live tanpa perlu depan kamera.

Kedai online

Live jualan tanpa henti di Shopee. Hos bentang produk, harga promo & baucar — anda urus pesanan.

Jual ProdukKuiz berhadiah

Page Facebook hiburan

Kekalkan page hidup 24/7 dengan sembang gosip, cerita seram tengah malam dan kuiz yang sebut nama peserta.

SembangBerceritaKuiz

Pencipta kandungan

Tambah jam live di YouTube tanpa depan kamera. Pilih persona, topik dan topik larangan — hos ikut gaya anda.

SembangBerceritaJual Produk
Facebook LiveYouTube LiveShopee Live · jual sahaja
Bahasa

Hos boleh bercakap Bahasa Melayu, English & 中文 (Mandarin)

Pilih bahasa setiap sesi. Hos membalas komen dalam bahasa live anda dan menyebut nama penonton.

BMBahasa Melayu ENEnglish 中文Mandarin
Cara guna

Empat langkah, macam barisan semut

Anda sediakan produk sekali. Selepas itu, hos AI kerja ikut jadual — pagi, petang atau tengah malam.

  1. 1

    Daftar & masukkan produk

    Nama, harga, harga promo, gambar dan kelebihan utama. Inilah bahan skrip jualan hos AI.

    Anda · 5 minit
  2. 2

    Pilih hos, suara & layout

    Pilih avatar, satu daripada 50 suara dan bahasa live (Melayu, English atau 中文), dan reka overlay live dengan baucar serta ganjaran.

    Anda · 5 minit
  3. 3

    Tempah slot & bayar

    Pilih tarikh dan jam — ikut jam atau pakej mingguan/bulanan. Tampal URL RTMP & stream key dari platform anda.

    Anda · 2 minit
  4. 4

    Hos AI live, anda pantau jualan

    Tepat pada masanya, hos AI mula live di akaun anda dan membentang produk ikut giliran. Anda fokus pada pesanan.

    Semut Live · automatik

Video demo akan datang

Rakaman sesi live sebenar · 9:16
Lihat sendiri

Rupa sesi live Semut

Hos AI bercakap, overlay jualan anda di atas, dan label AI yang jelas — sedia untuk Shopee Live dan Facebook Live.

  • Bibir selari dengan suara — Melayu, English atau 中文 — bukan sekadar teks-ke-suara biasa.
  • Video HD 720p 9:16 dengan overlay baucar, ganjaran dan harga live anda.
  • Produk berganti ikut susunan yang anda tetapkan.
Galeri suara

50 suara, satu untuk setiap jenis kedai

Dari kakak skincare yang lembut hingga Pak Mat gaya kampung. Tekan main untuk dengar sampel sebenar.

MiraP
Ceria, host live muda
SofeaP
Lembut, elegan, skincare
Kak YanP
Keibuan, pandai pujuk
AmirL
Muda, bertenaga, gajet
Pak MatL
Mesra, gaya kampung
PriyaP
India Malaysia, barang kemas
FaizL
Santai, mesra
KevinL
Cina Malaysia, elektronik

+42 lagi suara — log masuk atau daftar percuma untuk dengar semua.

Harga

Pakej mingguan, bulanan — atau sewa ikut jam

Buka 24 jam, 7 hari seminggu. Pilih waktu siang atau malam, Isnin–Jumaat atau setiap hari — untuk jual, sembang, cerita atau kuiz. Harga tetap, tiada caj tersembunyi.

4 jam live sehari · pilih jam mula sendiri · slot ditempah automatik

Siang

Jam mula antara 7:00 pagi – 7:00 malam

Isnin–Jumaat

20 jam live · 4 jam sehari

RM500/minggu
≈ RM25 sejam
  • 5 hari × 4 jam = 20 jam live
  • Pilih jam mula dalam waktu Siang (7:00 pagi – 7:00 malam)
  • Isnin hingga Jumaat
  • Slot ditempah automatik setiap hari
  • Penjejakan GMV & laporan jualan
Pendaftaran dibuka tidak lama lagi

Setiap Hari

28 jam live · 4 jam sehari

RM700/minggu
≈ RM25 sejam
  • 7 hari × 4 jam = 28 jam live
  • Pilih jam mula dalam waktu Siang (7:00 pagi – 7:00 malam)
  • Termasuk Sabtu & Ahad
  • Slot ditempah automatik setiap hari
  • Penjejakan GMV & laporan jualan
Pendaftaran dibuka tidak lama lagi

Setiap Hari

120 jam live · 4 jam sehari

RM2,760/bulan
≈ RM23 sejam
  • 30 hari × 4 jam = 120 jam live
  • Pilih jam mula dalam waktu Siang (7:00 pagi – 7:00 malam)
  • Termasuk Sabtu & Ahad
  • Slot ditempah automatik setiap hari
  • Penjejakan GMV & laporan jualan
Pendaftaran dibuka tidak lama lagi

Malam Premium

Jam mula antara 7:00 malam – 7:00 pagi

Isnin–Jumaat

20 jam live · 4 jam sehari

RM700/minggu
≈ RM35 sejam
  • 5 hari × 4 jam = 20 jam live
  • Pilih jam mula dalam waktu Malam (7:00 malam – 7:00 pagi)
  • Isnin hingga Jumaat
  • Slot ditempah automatik setiap hari
  • Penjejakan GMV & laporan jualan
Pendaftaran dibuka tidak lama lagi

Setiap Hari

28 jam live · 4 jam sehari

RM980/minggu
≈ RM35 sejam
  • 7 hari × 4 jam = 28 jam live
  • Pilih jam mula dalam waktu Malam (7:00 malam – 7:00 pagi)
  • Termasuk Sabtu & Ahad
  • Slot ditempah automatik setiap hari
  • Penjejakan GMV & laporan jualan
Pendaftaran dibuka tidak lama lagi

Isnin–Jumaat

88 jam live · 4 jam sehari

RM2,816/bulan
≈ RM32 sejam
  • ≈22 hari × 4 jam = 88 jam live
  • Pilih jam mula dalam waktu Malam (7:00 malam – 7:00 pagi)
  • Isnin hingga Jumaat
  • Slot ditempah automatik setiap hari
  • Penjejakan GMV & laporan jualan
Pendaftaran dibuka tidak lama lagi

Setiap Hari

120 jam live · 4 jam sehari

RM3,840/bulan
≈ RM32 sejam
  • 30 hari × 4 jam = 120 jam live
  • Pilih jam mula dalam waktu Malam (7:00 malam – 7:00 pagi)
  • Termasuk Sabtu & Ahad
  • Slot ditempah automatik setiap hari
  • Penjejakan GMV & laporan jualan
Pendaftaran dibuka tidak lama lagi
Pelan Custom

Harga fleksibel

Banyak kedai, banyak akaun, atau jadual luar biasa? Kami susun pelan ikut keperluan anda.

  • Jam fleksibel
  • Jadual ikut kehendak
  • Pelbagai platform serentak
  • Sokongan khusus
  • Boleh dikembangkan
Hubungi Kami

Sewa ikut jam

Tiada komitmen. Tempah 1–4 jam berturut-turut, bila-bila masa — buka 24 jam, 7 hari seminggu. Lebih lama, lebih murah sejam.

Waktu 1 jam 2 jam 3 jam ke atas
Siang
7:00 pagi – 7:00 malam
RM30/jam RM28/jam RM25/jam
Malam
7:00 malam – 7:00 pagi
RM40/jam RM38/jam RM35/jam
Siang7:00 pagi – 7:00 malam
  • 1 jamRM30/jam
  • 2 jamRM28/jam
  • 3 jam ke atasRM25/jam
Malam7:00 malam – 7:00 pagi
  • 1 jamRM40/jam
  • 2 jamRM38/jam
  • 3 jam ke atasRM35/jam

Contoh: 2 jam Siang = RM56 · 3 jam Siang = RM75. Jika tempahan merentas dua waktu, kadar setiap jam ikut waktunya, pada peringkat tempoh keseluruhan.

✨ Host unik anda sendiri, tiada kedai lain guna

  • 1 avatar unik disertakan — jana dari gaya avatar stok atau dari kosong (4 calon setiap pusingan, 3 pusingan sehari, percuma), atau muat naik gambar anda sendiri.
  • Slot avatar tambahan: RM50 sekali bayar.
  • Menukar avatar yang telah disahkan: RM20. Menjana calon sentiasa percuma — tiada bayaran sebelum anda mengesahkan.
  • Avatar stok ialah gaya permulaan untuk demo & pratonton; live sebenar guna avatar unik anda.
Soalan lazim

Yang selalu orang tanya

Apa itu hos live AI?

Hos live AI ialah avatar berwajah realistik yang bercakap Bahasa Melayu, English atau 中文 (Mandarin) dan memperkenalkan produk anda secara live — terus di akaun Shopee, Facebook atau YouTube anda sendiri. Anda tak perlu depan kamera.

Bila saya boleh live?

Bila-bila masa. Semut Live buka 24 jam, 7 hari seminggu termasuk Sabtu & Ahad. Tempah ikut jam (1–4 jam berturut-turut), atau ambil pakej mingguan/bulanan dan pilih jam mula sendiri.

Macam mana hos tahu apa nak cakap?

Hos guna maklumat produk yang anda masukkan: nama, harga, harga promo, penerangan dan kelebihan utama. Anda boleh susun produk mengikut giliran untuk setiap sesi.

Bahasa apa yang disokong?

Hos boleh bercakap Bahasa Melayu, English dan 中文 (Mandarin). Pilih bahasa semasa menempah (boleh ditukar sehingga sesi bermula). Hos membalas komen penonton dalam bahasa live itu dan menyebut nama mereka.

Platform apa yang disokong?

Facebook Live, YouTube Live dan Shopee Live — mana-mana platform yang memberi URL RTMP dan stream key. Shopee Live hanya untuk sesi jual produk.

Selain jual, hos boleh buat apa?

Sembang / borak ikut topik & persona pilihan anda, bercerita (AI reka cerita ikut genre, atau hos bacakan cerita anda bab demi bab), dan kuiz interaktif — penonton jawab di komen, jawapan betul pertama menang dan nama pemenang dipaparkan. Anda juga boleh gilirkan beberapa jenis dalam satu sesi — tetapkan susunan dan minit setiap satu, hos bertukar dan berulang.

Lihat semua soalan →

Biar semut yang kerja. Anda kira jualan.

Daftar percuma, masukkan produk pertama, dan tempah sesi live anda hari ini.

Pendaftaran dibuka tidak lama lagi