Langkau ke kandungan
Integrasi · Shopee Open Platform

Integrasi Shopee

semut.live bersambung terus dengan kedai Shopee anda melalui Shopee Open Platform — API rasmi Shopee Live (Livestream). Hos AI anda live di Shopee Live tanpa stream key dan tanpa perisian penstriman: kami cipta live, masukkan produk ke beg, baca komen untuk hos, dan simpan prestasi live anda.

Aplikasi Shopee Open Platform: "Semut Live" (kategori Livestream Management) · pembangun aplikasi Shopee: Khairulzul Enterprise (202403028717). Sambungan Shopee sedang dibuka secara berperingkat kepada penjual.

Apa yang semut.live buat di kedai Shopee anda

Setiap langkah di bawah ialah panggilan API rasmi Shopee Open Platform, dibuat hanya untuk sesi live yang anda tempah.

Cipta live di kedai anda

10 minit sebelum sesi kami muat naik gambar muka depan dan cipta sesi Shopee Live di kedai anda, kemudian ambil alamat siaran (push URL) untuk sesi itu. Tiada stream key untuk disalin.

v2.livestream.upload_image · create_session · get_session_detail

Siarkan hos AI

Pelayan kami menghantar video hos AI ke alamat siaran sesi tersebut, kemudian memulakan live pada masa yang anda tempah dan menamatkannya apabila sesi selesai.

v2.livestream.start_session · end_session

Produk ke beg live

Produk anda yang dipautkan ke item Shopee kedai anda dimasukkan ke beg live (shopping bag) secara automatik.

v2.livestream.add_item_list

Baca komen, hos AI menjawab

Komen penonton dibaca setiap beberapa saat dan dihantar kepada hos AI, yang menjawab secara lisan dalam live (sebut nama penonton, jawab soalan produk).

v2.livestream.get_latest_comment_list

Komen pendedahan AI

Sebaik live bermula kami hantar komen "AI tidak sentiasa tepat…" sebagai komen kedai anda. Shopee belum menyediakan API untuk pin komen, jadi kami ingatkan anda untuk pin komen itu dalam aplikasi Shopee. Label "Hos AI" sentiasa dipaparkan pada video Shopee.

v2.livestream.post_comment

Statistik live

Semasa live kami simpan statistik sesi (penonton, suka, komen, klik produk, troli, pesanan) dan statistik setiap produk — dipaparkan di halaman "Prestasi Shopee Live" untuk anda sahaja.

v2.livestream.get_session_metric · get_session_item_metric

Anggaran pesanan semasa live

Kira-kira 60 minit selepas live, kami kira jumlah pesanan baharu kedai anda dalam tempoh live (bilangan, nilai, produk). Hanya angka agregat disimpan — tiada nombor pesanan atau maklumat pembeli.

v2.order.get_order_list · get_order_detail

Sambungan & token

Log masuk Shopee rasmi (OAuth) untuk akaun penjual, token akses yang diperbaharui secara automatik, dan nama serta wilayah kedai untuk dipaparkan kepada anda.

v2.auth.token.get · access_token.get · v2.shop.get_shop_info

Kami tidak mengubah produk, harga, stok atau pesanan anda, tidak menghantar mesej chat kepada pembeli, dan tidak membaca nama, alamat atau telefon pembeli.

Cara menyambung kedai Shopee

  1. Log masuk semut.live → Dashboard → Lagi → Sambungan platform → "Sambung Shopee".
  2. Anda dibawa ke halaman log masuk Shopee rasmi. Log masuk dengan akaun penjual dan tekan "Confirm Authorization".
  3. Kembali ke semut.live: kedai anda dipaparkan sebagai "Disambung". Tekan "Uji" bila-bila masa untuk semak sambungan.
  4. Di halaman Produk, tampal pautan item Shopee (atau ID item) pada "Produk yang sama di Shopee" — produk itu akan masuk ke beg live.
  5. Tempah sesi, pilih platform Shopee dan mod "Live Auto". Pada masa sesi, hos AI live di kedai anda; selepas live, buka "Prestasi Shopee Live" dan "Laporan live".

Tarik balik kebenaran bila-bila masa: tekan "Putuskan" di Sambungan platform (token dipadam serta-merta), dan/atau batalkan kebenaran di Shopee (Seller Centre → Partner Platform).

Rupa integrasi dalam semut.live

Tangkapan skrin daripada akaun demo yang disambung ke kedai sandbox Shopee (produk dan angka ialah data contoh).

Dashboard: kad "Kedai Shopee" — status sambungan, produk dalam beg live dan live terakhir.
Dashboard: kad "Kedai Shopee" — status sambungan, produk dalam beg live dan live terakhir.
Sambungan platform: kedai Shopee disambung melalui Shopee Open Platform.
Sambungan platform: kedai Shopee disambung melalui Shopee Open Platform.
Tempahan Live Auto (Shopee): live dicipta di kedai anda 10 minit sebelum sesi.
Tempahan Live Auto (Shopee): live dicipta di kedai anda 10 minit sebelum sesi.
Prestasi Shopee Live: angka rasmi sesi daripada Shopee (akaun demo, data contoh).
Prestasi Shopee Live: angka rasmi sesi daripada Shopee (akaun demo, data contoh).
Laporan live selepas sesi: komen, soalan dan waktu paling rancak.
Laporan live selepas sesi: komen, soalan dan waktu paling rancak.
Produk dipautkan ke item Shopee — masuk beg live secara automatik.
Produk dipautkan ke item Shopee — masuk beg live secara automatik.

Data yang kami akses daripada Shopee

Kebenaran yang diminta semasa anda menyambung: Livestream (urus sesi live kedai anda), Order (baca sahaja — untuk anggaran pesanan semasa live) dan maklumat kedai (nama & wilayah).

DataTujuanDisimpan
ID kedai, ID pengguna Shopee, nama & wilayah kedaiKenal pasti kedai yang anda sambung; dipaparkan di Sambungan platform.Sehingga anda putuskan sambungan
Token akses & token refresh (disulitkan)Membuat panggilan API bagi pihak kedai anda — hanya untuk live yang anda tempah.Dipadam serta-merta apabila anda tekan "Putuskan"
ID sesi live & alamat siaran (disulitkan)Menghantar video hos AI ke live anda.Bersama tempahan
Komen penonton live (nama pengguna & teks)Supaya hos AI boleh menjawab; laporan live.14 hari
Statistik live kedai andaHalaman "Prestasi Shopee Live" untuk anda sahaja.Bersama tempahan
Jumlah pesanan agregat dalam tempoh liveAnggaran pesanan semasa live (bilangan, nilai, produk).Bersama tempahan

Privasi & kawalan

  • Token Shopee dan alamat siaran disimpan secara tersulit dan tidak pernah dicatat dalam log.
  • Data Shopee anda hanya untuk anda: kami tidak membandingkan prestasi anda dengan penjual lain dan tidak mencampurkan data Shopee dengan data platform lain.
  • Kami tidak meminta atau menyimpan nama, alamat, telefon atau maklumat peribadi pembeli.
  • Setiap live Shopee memaparkan label "Hos AI" dan komen pendedahan AI, mengikut peraturan Shopee untuk penggunaan AI dalam Shopee Live.

Notis privasi penuh → · Terma perkhidmatan →

Platform lain

Hos AI yang sama juga boleh live di platform lain melalui API rasmi masing-masing:

  • Facebook Live — Sambung Facebook Page anda (log masuk Meta rasmi). Live Auto mencipta live video di Page anda dan membaca komen supaya hos AI boleh menjawab. Atau guna stream key dari Live Producer.
  • YouTube Live — Sambung saluran YouTube anda (log masuk Google rasmi). Live Auto mencipta siaran di saluran anda dan membaca live chat supaya hos AI boleh menjawab. Atau guna stream key dari YouTube Studio.

Soalan?

Emel kami di hello@semut.live. Log masuk →