Terma perkhidmatan
Dikemas kini: 29 September 2026. Versi 2026-09-29.9.
Pengendali
Perkhidmatan Semut Live (semut.live) dikendalikan oleh Kayz Asia Sdn. Bhd. (201801004379). Dalam terma ini, "Semut Live", "kami" dan "kita" merujuk kepada pengendali tersebut. Jenama Semut Live dimiliki oleh Khairulzul Enterprise (202403028717); platform, bil dan resit dikendalikan oleh Kayz Asia Sdn. Bhd. (201801004379).
1. Perkhidmatan
Semut Live menyediakan hos live AI yang menyiarkan kandungan jualan ke akaun platform milik pelanggan melalui URL RTMP dan stream key yang diberikan oleh pelanggan.
2. Tanggungjawab pelanggan
- Maklumat produk, harga dan promosi adalah tepat dan sah di sisi undang-undang.
- Pelanggan mematuhi terma setiap platform (Shopee, Facebook dan YouTube), termasuk keperluan label kandungan AI.
- Label "✦ Hos AI" (EN: "AI Host", 中文: "AI主播") dipaparkan pada video secara asal. Jika pelanggan mematikannya, pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya mendedahkan kandungan AI melalui tetapan platform sendiri (contoh: "Altered or synthetic content" YouTube, "AI info" Facebook). Semut Live tidak bertanggungjawab atas sekatan akaun akibat tiada pendedahan; setiap perubahan label direkodkan.
- Pelanggan tidak menjual barangan larangan atau membuat dakwaan palsu.
2a. Kesahan produk & harta intelek
- Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesahan produk yang dijual, termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan reka bentuk. Barang tiruan, replika atau barang berjenama tanpa kebenaran dilarang.
- Semut Live boleh menanda, menyekat produk atau menggantung perkhidmatan bagi produk yang disyaki melanggar undang-undang, hak harta intelek atau polisi platform.
- Tiada bayaran balik bagi sesi yang dihentikan atau tidak dijalankan kerana pelanggaran tersebut.
2a. Avatar unik
Sesi live sebenar menggunakan avatar unik pelanggan sendiri (dijana melalui semut.live atau gambar yang dimuat naik dan diluluskan). Avatar stok ialah gaya permulaan untuk demo dan pratonton sahaja. Setiap akaun mendapat 1 slot avatar; slot tambahan RM50 sekali bayar. Menjana calon adalah percuma (had pusingan harian). Selepas pelanggan mengesahkan avatar, menukarnya dikenakan RM20; avatar yang ditukar dipersarakan dan dikhaskan — tidak digunakan semula oleh sesiapa. Avatar yang dijana ialah wajah rekaan, bukan orang sebenar; pelanggan tidak boleh meminta rupa selebriti, tokoh awam atau kanak-kanak.
2b. Produk & kandungan larangan
Pelanggan mesti mematuhi undang-undang Malaysia dan polisi setiap platform. Perkara berikut dilarang di semut.live (produk, kandungan sesi, soalan kuiz dan cerita):
- Dadah & bahan terkawal, termasuk "legal high", ketum, CBD / ganja.
- Senjata, replika senjata, bahan letupan dan alat mercun terlarang.
- Arak / minuman beralkohol (walaupun berlesen).
- Rokok, vape / e-rokok dan cecair vape.
- Kandungan lucah, bogel atau seksual, dan produk dewasa.
- Perjudian, loteri haram, skim cepat kaya, MLM / pelaburan tidak berlesen, "signal" kripto.
- Barang tiruan, cetak rompak dan barang curi.
- Ubat & produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan KKM / NPRA, atau yang mendakwa merawat / menyembuhkan penyakit.
- Hidupan liar dilindungi dan produknya.
- Dokumen palsu, data peribadi, dan akaun media sosial.
- Kandungan kebencian, perkauman atau agama, fitnah, dan politik.
- Apa-apa yang menyalahi undang-undang Malaysia.
Produk dan kandungan disemak secara automatik dan oleh pasukan kami. Akibat pelanggaran: produk ditolak, tempahan dibatalkan tanpa Slot Ganti, akaun digantung, dan laporan kepada pihak berkuasa jika diperlukan.
2c. Hadiah kuiz & peraduan
Hadiah, baucar dan peraduan (giveaway) dalam kuiz atau sesi live adalah tanggungjawab penjual sepenuhnya. semut.live tidak menyediakan, menjamin, menghantar atau menanggung kos mana-mana hadiah, dan tidak terlibat dalam pemilihan atau penghubungan pemenang selain memaparkan nama pemenang di video. Penjual mesti mematuhi undang-undang peraduan & perlindungan pengguna Malaysia serta polisi platform (termasuk syarat giveaway Facebook, YouTube dan Shopee).
3. Tempahan, pembatalan & Slot Ganti
- Tiada pulangan wang. Bayaran untuk tempahan tidak dipulangkan dalam apa jua bentuk wang.
- Pembatalan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sesi bermula diganti dengan "Slot Ganti": jumlah jam yang sama pada waktu yang sama (Siang atau Malam) seperti tempahan yang dibatalkan.
- Slot Ganti sah selama 90 hari dari tarikh pembatalan dan boleh digunakan untuk menempah mana-mana slot pada waktu yang sama. Slot Ganti yang tidak digunakan dalam tempoh itu luput secara automatik tanpa sebarang pampasan.
- Slot Ganti tidak boleh ditukar antara waktu (jam Siang tidak boleh digunakan untuk slot Malam dan sebaliknya), tidak boleh ditukar kepada wang dan tidak boleh dipindahkan ke akaun lain.
- Pembatalan kurang 24 jam sebelum sesi masih dibenarkan tetapi tempahan HANGUS — tiada Slot Ganti dan tiada pulangan.
- Bagi pakej, jam sesi yang dibatalkan sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal dikembalikan ke pakej.
- Jika sesi gagal kerana masalah di pihak kami, Slot Ganti bagi jam yang terjejas (atau jam pakej) diberi secara automatik, sekali bagi setiap tempahan.
- Setiap pembatalan memerlukan pengesahan dua langkah: anda akan ditunjukkan akibatnya (Slot Ganti atau hangus), perlu mengesahkan bahawa anda faham, dan menaip BATAL. Peraturan 24 jam disemak semula oleh sistem pada saat pembatalan.
- Tukar tarikh/jam: sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sesi, maksimum 2 kali setiap tempahan, tertakluk kepada kapasiti dan hos. Jika waktu baharu lebih mahal, beza harga dicaj; jika lebih murah, tiada pulangan.
- Sesi ujian percuma adalah pratonton peribadi, tidak disiarkan, tidak dicaj dan tertakluk kepada kapasiti.
4. Avatar custom & gambar orang
Pelanggan hanya boleh memuat naik gambar dirinya sendiri atau orang yang telah memberi kebenaran bertulis, dan bukan tokoh awam. Memuat naik gambar kanak-kanak atau sesiapa di bawah umur 18 tahun adalah dilarang sama sekali; kandungan tersebut akan dipadam serta-merta dan akaun boleh digantung.
4a. Avatar perpustakaan adalah hak milik Semut Live
- Avatar perpustakaan, wajah hos AI dan semua imej, adegan dan video yang dijana oleh platform ini adalah hak milik Semut Live.
- Ia tidak boleh dimuat turun, disalin, digunakan semula, dimuat naik sebagai avatar sendiri atau digunakan di luar platform ini.
- Pelanggaran boleh menyebabkan akaun digantung tanpa bayaran balik.
5. Gangguan teknikal
Jika sesi gagal kerana masalah di pihak kami, Slot Ganti diberikan (lihat seksyen 3). Kami tidak bertanggungjawab atas gangguan di pihak platform atau sekatan akaun pelanggan.
5a. Tindakan platform pihak ketiga
Siaran langsung dibuat melalui akaun platform milik pelanggan sendiri (Facebook, YouTube, Shopee dan lain-lain). Setiap platform mempunyai polisi, garis panduan komuniti dan sistem penguatkuasaan sendiri yang boleh berubah pada bila-bila masa tanpa notis. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya memastikan akaun, kandungan, produk dan cara penggunaan mematuhi polisi platform tersebut — termasuk kewajipan mendedahkan kandungan dijana AI, larangan produk tertentu, hak cipta/tanda dagangan, dan had umur.
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Kayz Asia Sdn. Bhd. (semut.live) tidak bertanggungjawab atas sebarang sekatan, penggantungan, penurunan capaian (shadowban), penamatan akaun, pembatalan siaran, kehilangan pengikut, jualan atau pendapatan, atau apa-apa tindakan lain yang diambil oleh platform pihak ketiga terhadap pelanggan, sama ada berkaitan atau tidak dengan penggunaan perkhidmatan kami. Tindakan platform sedemikian tidak melayakkan pelanggan kepada bayaran balik atau Slot Ganti, kecuali jika disebabkan oleh kegagalan teknikal di pihak semut.live sebelum siaran bermula.
5b. Rakaman sesi
Sesi live dirakam untuk kawalan kualiti dan penyelesaian masalah. Rakaman (video, audio, overlay & komen penonton yang diterima) disimpan selama 14 hari, kemudian dipadam secara automatik. Pelanggan boleh menonton & memuat turun rakaman sesi mereka dalam tempoh itu. Komen penonton (data awam platform) diproses untuk mengendalikan hos dan disimpan bersama rakaman selama 14 hari.
5c. Stream key & masa live yang hilang
Pelanggan bertanggungjawab memberikan URL RTMP dan stream key yang betul sebelum sesi bermula (atau memilih Live Auto untuk Facebook / YouTube). Masa live yang hilang kerana stream key tiada, salah, tamat tempoh atau ditukar di platform adalah tanggungjawab pelanggan dan tidak digantikan. Hos akan standby dan mula bersiaran sebaik sahaja stream key yang sah diisi, sehingga masa tamat sesi yang asal.
Jika masa live hilang kerana kegagalan di pihak kami (enjin hos / GPU, atau kegagalan mencipta live automatik melalui API Facebook / YouTube yang bukan berpunca daripada akaun pelanggan), Slot Ganti diberikan secara automatik untuk masa yang hilang, dibundarkan ke atas kepada unit slot (1 jam) dalam waktu yang sama.
5d. Ciri YouTube
Ciri YouTube kami (menyambung saluran, Live Auto dan bacaan live chat) menggunakan YouTube API Services. Dengan menggunakan ciri ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Perkhidmatan YouTube (https://www.youtube.com/t/terms) dan mengakui Dasar Privasi Google (https://policies.google.com/privacy). Butiran data YouTube yang kami gunakan dan cara membatalkan akses ada dalam Dasar Privasi kami (seksyen "YouTube API Services").
Terma Perkhidmatan YouTube · Dasar Privasi Google · Privasi — YouTube API Services
6. Bayaran
Harga dalam Ringgit Malaysia. Bayaran diproses melalui ToyyibPay (FPX — perbankan dalam talian) atau disahkan secara manual oleh pasukan kami. Pelanggan membayar harga yang tertera sahaja, tanpa caj tambahan. Tiada pulangan wang kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang atau atas kesilapan caj oleh kami; pulangan sedemikian dibuat secara manual ke akaun bank pelanggan.
7. Kelayakan & akaun
- Pemegang akaun mesti berumur 18 tahun ke atas dan berhak membuat kontrak bagi pihak diri atau perniagaannya.
- Anda bertanggungjawab menjaga kata laluan dan semua aktiviti dalam akaun anda. Emel mesti disahkan sebelum menempah.
8. Penggantungan & penamatan
Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun, atau menghentikan sesi, jika terma ini, polisi platform atau undang-undang dilanggar (termasuk produk dilarang, penyalahgunaan wajah orang lain atau cubaan menipu sistem). Tiada pulangan atau Slot Ganti bagi sesi yang dihentikan atas sebab ini. Anda boleh menutup akaun bila-bila masa dengan emel kami.
9. Caj balik (chargeback)
Hubungi kami dahulu jika ada masalah bayaran. Caj balik bagi sesi yang telah disediakan atau dijalankan boleh menyebabkan akaun digantung sehingga isu diselesaikan, dan tempahan berkaitan dibatalkan.
10. Had liabiliti
Perkhidmatan disediakan "seadanya". Setakat yang dibenarkan undang-undang, liabiliti kami bagi apa-apa tuntutan terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk tempahan berkaitan, dan kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan jualan, keuntungan atau akaun platform yang disekat. Tiada apa-apa dalam terma ini menghadkan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
11. Undang-undang & bidang kuasa
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Pertikaian diselesaikan secara baik dahulu; jika tidak, di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau mahkamah Malaysia.
12. Perubahan terma
Kami mungkin mengemas kini terma ini. Perubahan penting dimaklumkan melalui emel atau dashboard sekurang-kurangnya 7 hari sebelum berkuat kuasa; tempahan yang telah dibayar kekal di bawah terma semasa tempahan dibuat.